Ibu dan anak berusia 17 dicekup kha1wat bersama seorang lelaki


Pernah dicekup berkhalwat sejak tiga tahun lalu selain pernah melarikan diri ketika dibawa ke mahkamah, akhirnya seorang janda berusia 36 tahun ditahan selepas dicekup buat kali kelima selepas dua tahun diburu pihak berkuasa di sebuah bilik hotel di Bukit Mertajam di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi, wanita itu bersama anak perempuannya yang berusia 17 tahun telah dicekup bersama seorang lelaki oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Agama Islam Pulau Pinang dalam operasi cegah maksiat khas.

Difahamkan, janda berkenaan dicekup selepas lebih dua tahun diburu selepas dia melarikan diri daripada tahanan ketika dibawa ke mahkamah sebelum satu waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Ketua Unit Penguat kuasa berkata, ketika ditahan, wanita itu berbaring bersama anak peremupuannya serta seorang lelaki bukan muhrim berusia 30-an.

Beliau berkata, dalam empat kejadian sebelum ini, wanita berkenaan ditahan kerana berkhalwat bersama dua lelaki lain di dua hotel berasingan sebelum menghilangkan diri lebih dua tahun.

TRENDING SEMASA

Viral! Bekas pelajar nikahi gurunya selepas bertemu di acara reunian.

Tertusuk kaca didada, budak maut ketika melompat dari sofa

Takziah.. Selebriti terkenal tanah air maut ketika LIVE dimedia sosial petang tadi.

BAPA BUNUH SELURUH AHLI KELUARGA DALAM RUMAH