Didenda RM20 Ribu Akibat Tidak Membawa Kad Pengenalan

 

Nampak remeh tetapi berat. Walaupun sebenarnya anda adalah warganegara, walaupun anda sebenarnya memang ada dan tertinggal kad pengenalan tetapi anda boleh didakwa dibawah Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PPN).

Peraturan 6 adalah berkenaan tanggungjawab penyimpan kad pengenalan.

PADA SETIAP MASA perlu membawa kad pengenalannya dan bertanggungjawab ke atas penyimpanan kad pengenalan tersebut.

Bermakna jika anda mempunyai kad pengenalan tetapi anda tidak bawa, masih bersalah.

Bagi kesalahan di bawah Peraturan 6 ini boleh didenda di bawah Peraturan 25 (n) iaitu kegagalan mematuhi peraturan 6 yang boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Saya sering ke mahkamah dan kadangkala pertuduhan bagi kesalahan tidak membawa dan menunjukkan kad pengenalan ini sering dibaca bersama kesalahan lain.

Setakat pengalaman saya sehingga hari ini di mahkamah, kebiasaannya pertuduhan kesalahan ini dibaca dengan kesalahan yang lain.

Bermakna kebetulan polis menahan anda di tempat awam kerana memiliki barangan terlarang atau kesalahan lain.

Kemudian polis meminta kad pengenalan dan anda gagal kemukakan. Anda akan didakwa oleh dua kesalahan iaitu membawa barang terlarang dan juga kesalahan tidak membawa kad pengenalan. Ini kita panggil 'double trouble'.

Jadi bawalah kad pengenalan anda dan letak dalam poket anda. Elakkan masalah.

- Info oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.-

TRENDING SEMASA

Viral! Bekas pelajar nikahi gurunya selepas bertemu di acara reunian.

Tertusuk kaca didada, budak maut ketika melompat dari sofa

Takziah.. Selebriti terkenal tanah air maut ketika LIVE dimedia sosial petang tadi.

BAPA BUNUH SELURUH AHLI KELUARGA DALAM RUMAH