Buaya baham istri yang sedang hamil, lihat apa yang dilakukan oleh si suami selepas itu


UGANDA - Seorang lelaki bertindak membunuh seekor buaya sepanjang lebih enam meter yang telah membaham dan memakan mayat isterinya yang sedang hamil 7 bulan.


Lelaki tersebut dikenali sebagai Mubarak Batambuze dari Kampung Kibuye, Uganda telah bertindak menghabiskan semua wang simpanannya untuk membeli lembing bagi memburu dan membunuh buaya berkenaan.


Ketika kejadian, isterinya, Demeteriya Nabwire pergi mencari kayu api di tepi sungai sekitar Nawaikoke.

Penduduk kampung yang bimbang selepas dia tidak pulang beberapa jam kemudian, membentuk pasukan untuk mencari mangsa.

Mereka terkejut apabila menemui selipar, jari kaki yang berdarah dan telefon bimbit wanita itu ditempat dia hilang.

Ia jelas menunjukkan Demeteritya dibaham haiwan gergasi dalam sungai itu iaitu seekor buaya yang seberat lebih 1,000 kilogram yang sebelum ini didakwa menyebabkan kematian enam wanita dan kanak-kanak.

TRENDING SEMASA

Artis wanita drama popular ditangkap khalwat kali ketiga dirumah sendiri

Malaysia bakal jadi sasaran selepas Hacker Malaysia menggodam lebih 120 data milik Israel

G4dis 17 tahun maut selepas terima 'gigitan' di leher

Salam Takziah. Pelakon wanita drama populer TV3 maut dibunuh teman lelaki.

BAPA BUNUH SELURUH AHLI KELUARGA DALAM RUMAH