Selepas Lubnan, Syria pula lancarkan roket ke arah Israel

 


TEL AVIV – Tiga roket dilancarkan dari Syria ke arah negara pengganas Israel pada Jumaat di tengah-tengah himpunan solidariti bersama rakyat Palestin semalam.


Bagaimanapun salah satu roket gagal dilancarkan dan atuh di sisi sempadan Syria, manakala dua yang lain jatuh di kawasan terbuka, menyebabkan siren berbunyi.


Briged Tahir Palestin yang ditempatkan di Syria mengaku bertanggungjawab terhadap roket itu sejurus selepas menembaknya.


Kejadian itu berlaku takala himpunan solidariti yang diadakan di sempadan Israel dengan Lubnan, Jordan, di bandar-bandar Arab Israel dan di Tebing Barat.


Beberapa peserta menghampiri sempadan Lubnan berhampiran bandar Metulla Israel sebanyak dua kali awal pagi dan petang pada hari Jumaat.


Pada awalnya, tiga penyokong Palestin melintasi jalan masuk di pagar sempadan dan menyeberang ke Israel.


Mereka kemudian disertai oleh empat lagi peserta dan memulakan kebakaran di wilayah Israel. Kebakaran juga berlaku di wilayah Lubnan.


Ketika kejadian, salah seorang peserta yang dikenali sebagai Muhammed Tahan, ditembak di kaki oleh pasukan Tentera Pertahanan Israel (IDF) sebelum kembali ke Lubnan bersama-sama peserta lain.


Dia kemudian meninggal dunia akibat kecederaan dialami. – Agensi

TRENDING SEMASA

Viral! Bekas pelajar nikahi gurunya selepas bertemu di acara reunian.

Tertusuk kaca didada, budak maut ketika melompat dari sofa

Takziah.. Selebriti terkenal tanah air maut ketika LIVE dimedia sosial petang tadi.

BAPA BUNUH SELURUH AHLI KELUARGA DALAM RUMAH