Guru Tadika 'Viral' Maut Dibunuh Dalam Rumah

 


PETALING JAYA – Seorang gadis yang merupakan seorang guru di sebuah tadika ditemui mati dengan lehernya dikelar di depan pintu sebuah rumah flat di Blok A, Flora Damansara di sini semalam.


Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa, Yasuhaidah Yeop, 22, yang merupakan kakitangan pusat perkembangan minda kanak-kanak di Mutiara Damansara meninggal dunia di tempat kejadian.


Pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai 14 kesan kelaran di leher dan kepala, kesan luka di kedua-dua belah tapak tangan, empat kesan tikaman di kedua-dua belah rusuk, satu tikaman di belakang leher dan satu kesan luka di perut.


Mangsa menyewa di rumah yang terletak di tingkat enam flat berkenaan bersama seorang kakaknya namun semasa kejadian mangsa berada seorang diri di rumah tersebut.


Kakak mangsa, Yanoaini Yeop, 35, berkata, dia mengetahui kejadian malang yang menimpa Yasuhaidah yang mesra dipanggil Ucuk apabila seorang lagi adik perempuannya yang tinggal bersama mangsa menghubungi suaminya, Syahar Mohd. Ali, 38, pada pukul 4 pagi.


“Masa menelefon, dia (adik) minta suami saya bertenang sebelum beritahu Ucuk sudah tiada (meninggal dunia) kena tikam,” kata wanita itu ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur.


Menurut Yanoaini, mangsa menyewa di flat itu bersama kakaknya, Yazniyana Yeop sejak enam bulan lalu namun semasa kejadian gadis itu tinggal seorang diri kerana kakaknya keluar bersama teman lelakinya untuk membeli barangan keperluan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.


Yanoaoni memberitahu, anak bongsu daripada lapan beradik itu tidak mengikut kakaknya membeli-belah di Jalan TAR pada malam tersebut kerana mahu berehat untuk bekerja syif pagi semalam.


Dia berkata, ibunya yang tinggal di Kampung Pulau Kabong, Beruas, Perak pengsan selepas menerima berita kematian adiknya itu.


Menurutnya, sebelum ini, mereka adik-beradik pernah melarang Yasuhaidah bekerja di ibu negara tetapi adiknya bertegas dengan keputusannya.


Dia berkata, arwah pernah tinggal bersamanya setahun selepas tamat tingkatan enam di Taman Medan, Petaling Jaya dan pulang ke kampung sebelum pindah semula pada Disember tahun lalu.


Yanoaini memberitahu, pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, gadis itu merancang beraya di ibu negara kerana hanya bercuti satu hari pada hari raya tersebut.


“Ucuk beritahu dia akan pulang beraya ke kampung pada hari raya kelima,” katanya.


Dalam pada itu, seorang jiran mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui Kosmo berkata, ketika kejadian dia sekeluarga yang bangun terdengar suara orang seolah-olah mengerang kesakitan meminta tolong lebih sepuluh kali.


Selain itu, jiran itu juga mendakwa dia terdengar bunyi seperti orang menendang pintu jeriji beberapa kali.


“Suara meminta tolong itu tidak jelas kerana mangsa mungkin sedang kesakitan jadi saya minta abang keluar untuk periksa apa yang berlaku,” katanya yang tinggal di tingkat lima flat yang sama.


Menurut saksi itu lagi, dia yang turut naik ke tingkat atas terkejut apabila melihat seorang wanita berpakaian lengkap dalam keadaan terbaring berlumuran darah di depan pintu jeriji yang berkunci tetapi pintu kayu terbuka sebelum menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.


Jelasnya, dia tidak mengenali mangsa kerana mereka tinggal di tingkat berasingan.


Penyerang dipercayai menarik rambut mangsa melalui celah besi pintu gril sejurus mangsa membuka pintu dan mengelar lehernya menggunakan senjata tajam.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata siasatan polis tidak menolak kemungkinan mangsa mengenali suspek memandangkan tiada kesan pecah masuk pada kediaman terbabit.


“Siasatan forensik turut menemui gumpalan rambut dipercayai milik mangsa yang putus akibat direntap dengan kuat oleh suspek,” katanya.


Jenazah Yasuhaidah dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kota setelah dibedah siasat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Sumber Kosmo, Sinar Harian  dan Berita Harian

TRENDING SEMASA

Artis wanita drama popular ditangkap khalwat kali ketiga dirumah sendiri

Malaysia bakal jadi sasaran selepas Hacker Malaysia menggodam lebih 120 data milik Israel

G4dis 17 tahun maut selepas terima 'gigitan' di leher

Salam Takziah. Pelakon wanita drama populer TV3 maut dibunuh teman lelaki.

BAPA BUNUH SELURUH AHLI KELUARGA DALAM RUMAH