Selepas viral kes campak murid, beginilah keadaan guru wanita itu sekarang

Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan tindakan seorang guru wanita yang menjerit dan mencampak seorang kanak-kanak dan disaksikan oleh rakan-rakan sekelasnya yang lain.


Kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah di Jalan Kebun, Shah Alam. Video tersebut telah meraih pelbagai respon di media sosial yang rata-rata mengecam tindakan guru tersebut.


Difahamkan, guru yang terlibat telah berjaya dikenal pasti dan akan dipanggil bagi memberi keterangan. Bahkan, individu yang merakam video tersebut juga sedang dalam siasatan.


Saya mengesahkan laporan polis dibuat oleh ibu kanak-kanak itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak.


Siasatan lanjut masih dijalankan dan tiada sebarang penahanan yang dibuat terhadap guru tersebut.


Menerusi satu posting telah menceritakan guru tersebut sudah diarahkan berhenti serta-merta susulan video tersebut yang tular.


Menurutnya pengetua tadika tersebut sering kali mengingatkan guru yang berkhidmat di situ supaya mengawal emosi semasa mengajar dan tidak mengambil tindakan yang melulu kepada para pelajar.


Bercerita lebih lanjut, video itu pada mulanya dijadikan bahan bukti bagi dihantar kepada pihak universiti bagi semakan kualiti sebelum tular di media sosial.


Namun menurut satu sumber, selepas beberapa hari mendapat kecaman daripada natizen, guru berkenaan dikatakan memadam semua akaun-akaun dimedia sosial beliau dan dikatakan juga sudah 'menyepikan' diri daripada tampil di khalyak ramai.

TRENDING SEMASA

Artis wanita drama popular ditangkap khalwat kali ketiga dirumah sendiri

Malaysia bakal jadi sasaran selepas Hacker Malaysia menggodam lebih 120 data milik Israel

G4dis 17 tahun maut selepas terima 'gigitan' di leher

Salam Takziah. Pelakon wanita drama populer TV3 maut dibunuh teman lelaki.

BAPA BUNUH SELURUH AHLI KELUARGA DALAM RUMAH