Ditampar hingga terjatuh dari kerusi, guru tadika tular dimedia sosial

 


Kementerian Pendidikan (KPM) sudah menarik permit mengajar dua guru wanita yang dipercayai terbabit dalam kejadian mendera murid di sebuah tadika swasta di Ayer Keroh, Melaka yang tular di media sosial, baru-baru ini.


Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, penarikan permit itu bagi memastikan guru wanita terbabit tidak dapat bertugas di tadika berkenaan, selain tiada sebarang interaksi dengan murid.


"Pengusaha tadika turut diberi amaran keras berkaitan kecuaian dalam operasi mengendalikan kanak-kanak dalam empat dan lima tahun ke atas.


"Kementerian turut mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka untuk memantau pengurusan dan pengoperasian tadika ketika sesi pembelajaran berlangsung.


"Disebabkan kes ini sudah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), kementerian menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan lanjut ke atas guru terbabit," katanya.


Sebelum ini, perbuatan dua guru berkenaan yang mengasari kanak-kanak di bawah jagaan mereka di sebuah tadika di Ayer Keroh, terbongkar selepas dua video tular di media sosial.


Video pertama yang tular di laman sosial berdurasi dua minit 10 saat, menunjukkan seorang guru mengangkat kanak-kanak perempuan di pusat itu dan meletakkannya di atas badan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang terbaring.


Video kedua yang berdurasi 36 saat pula, menunjukkan seorang daripada guru terbabit menampar seorang kanak-kanak lelaki hingga terjatuh dari kerusi.


Dua guru terbabit kini ditahan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.


TRENDING SEMASA

Artis wanita drama popular ditangkap khalwat kali ketiga dirumah sendiri

Malaysia bakal jadi sasaran selepas Hacker Malaysia menggodam lebih 120 data milik Israel

G4dis 17 tahun maut selepas terima 'gigitan' di leher

Salam Takziah. Pelakon wanita drama populer TV3 maut dibunuh teman lelaki.

BAPA BUNUH SELURUH AHLI KELUARGA DALAM RUMAH