Denda RM100 Akibat Tidak Berdiri Ketika Lagu Negaraku Dinyanyikan


Tahukah anda, sekiranya anda tidak berdiri atau menunjukkan rasa hormat kepada lagu Negaraku anda boleh ditangkap tanpa waran tangkap selaras dengan Seksyen 9, Akta Lagu Kebangsaan 1968.


Jadi bermakna sekiranya ada yang tidak berdiri dalam sesuatu Majlis yang menyiarkan atau menyanyikan lagu Negaraku, anda boleh ditahan segera tanpa menunggu waran tangkap dari Mahkamah.


Sekiranya si pelaku gagal menghormati Seksyen 8, Akta Lagu Kebangsaan, iaitu gagal berdiri sebagai tanda hormat, pihak polis boleh membuat tangkapan ini. Si pelaku boleh dihadapkan ke Mahkamah dan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 8 dan didenda maksimum RM100 ringgit atau penjara tidak lebih satu tahun.


Memanglah nampak sikit, tetapi hendak menghadap situasi ditangkap polis dan dibawa ke Mahkamah itu adalah pengalaman perit.


Berdasarkan Seksyen 8 ini juga, membenarkan individu tidak berdiri contohnya lagu tersebut disiarkan dalam televisyen di rumah dan keadaan yang mempunyai nature lebih kurang sama.


Seksyen 8 memperincikan apakah perbuatan yang dianggap menghina lagu Negaraku iaitu sekiranya anda tidak mempunyai alasan yang kukuh alasan mengapa anda tidak boleh berdiri sewaktu lagu Negara di keudarakan dan  perbuatan tersebut dianggap menghina lagu Negaraku.


- Sumber oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.-

TRENDING SEMASA

Viral! Bekas pelajar nikahi gurunya selepas bertemu di acara reunian.

Tertusuk kaca didada, budak maut ketika melompat dari sofa

Takziah.. Selebriti terkenal tanah air maut ketika LIVE dimedia sosial petang tadi.

BAPA BUNUH SELURUH AHLI KELUARGA DALAM RUMAH