Akibat pengaruh Ketum, lihat apa yang cuba ditunjukkan pelajar wanita ini sukar dipercayai


Terbaru, satu akaun Facebook berkongsi video tiga orang pelajar perempuan di Kelantan yang didakwa sedang minum air ketum!


Dalam video berdurasi 21 saat yang dimuat naik, tiga orang pelajar perempuan dipercayai Tingkatan 3 tu nampak selamba je duk share sebotol air ketum.


Lepas video tular, Polis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) siasat pasal kejadian tu dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, mulakan pemantauan di sekolah-sekolah di Kelantan, lapor Berita Harian.


Setakat ni Emong memberitahu bahawa pihaknya belum terima sebarang maklumat pasal kes tu tapi akan bekerjasama dengan JPN.


'Kami akan menyiasat lebih lanjut untuk memastikan sama ada minuman itu adalah air ketum atau sebaliknya bagi menentukan kesahihannya,' kata Emong.


Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Muhammad Zahari Othman pun cakap yang pihak dorang dah mula jalankan siasatan pasal video tu kerana kejadian ni membabitkan pelajar.


Utusan melaporkan yang tiga remaja perempuan tu share duit untuk beli air ketum tersebut daripada seorang lelaki.


'Soal siasat ke atas pelajar mendapati mereka berkongsi duit bagi membeli sebotol air ketum yang berharga RM10. Perbuatan ini kali pertama dan mereka minum air itu kerana perasaan ingin tahu dan mahu mencuba,' kata sumber.


Pihak JSJN Kelantan sudah mengenal pasti lelaki yang menjual air ketum ini untuk tindakan lanjut dan tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat.'


Hasil semakan dengan pihak sekolah mendapati yang pelajar-pelajar tu tiada sebarang rekod kesalahan disiplin sebelum ini.


Sebagai peringatan, mana-mana pelajar yang minum air ketum boleh didakwa di bawah seksyen 30(5) Akta Racun 1952 yang mana hukumannya adalah denda tidak lebih RM 10,000 atau penjara 4 tahun atau kedua-duanya sekali jika ditangkap melakukan kesalahan.


Pelajar-pelajar dinasihatkan tak terlibat dengan gejala tak sihat yang boleh memudaratkan diri sendiri macam ni ye.

TRENDING SEMASA

Artis wanita drama popular ditangkap khalwat kali ketiga dirumah sendiri

Malaysia bakal jadi sasaran selepas Hacker Malaysia menggodam lebih 120 data milik Israel

G4dis 17 tahun maut selepas terima 'gigitan' di leher

Salam Takziah. Pelakon wanita drama populer TV3 maut dibunuh teman lelaki.

BAPA BUNUH SELURUH AHLI KELUARGA DALAM RUMAH