Takziah.. Artis wanita pertama meninggal dunia selepas divaksin

Seorang artis wanita meningga dunia di Sungai Petani semalam, selepas jatuh sakit sejak disuntik vaksin Covid-19.

Wanita berusia 45 tahun itu, yang juga pelakon sebuah drama, ditemui mati oleh suaminya di rumah mereka di Bandar Sri Astana.

Menurut kenyataan suaminya kepada polis, wanita itu mengadu lenguh selepas menerima dos pertama pada 12 Mac lalu.

Wanita itu menghidap tekanan darah tinggi sebelum divaksin.

Empat hari selepas divaksin, beliau pada 16 Mac lalu mengadu mengalami kesukaran bernafas dan sakit di seluruh badannya.

Wanita itu masuk tidur pada 11.30 malam hari sama, sebelum ditemui meninggal dunia oleh suaminya pada 2 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Adzly Abu Shah berkata, lelaki itu segera menghubungi ambulans dan anggota paramedik mengumumkan kematiannya setiba mereka di rumahnya.

Mayat wanita kemudian dibawa ke Hospital Alor Setar untuk bedah siasat.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang mengetuai kempen imunisasi berkata, perkara itu sedang disiasat.

“Saya tidak boleh memberi sebarang kenyataan konklusif ketika ini. Tolong benarkan kami menyiasat perkara ini untuk menentukan sama ada vaksin memainkan peranan dalam kematian itu,” katanya dalam sidang media di Rembau, Negeri Sembilan.

TRENDING SEMASA

Viral! Bekas pelajar nikahi gurunya selepas bertemu di acara reunian.

Tertusuk kaca didada, budak maut ketika melompat dari sofa

Takziah.. Selebriti terkenal tanah air maut ketika LIVE dimedia sosial petang tadi.

BAPA BUNUH SELURUH AHLI KELUARGA DALAM RUMAH