Salam Takziah. Pelakon wanita drama populer TV3 maut dibunuh teman lelaki.


Sorang pelakon wanita sebuah drama ditemui mati di rumah sewanya di Taman Mahsuri,dipercayai akibat dibunuh rakan lelaki.


Mangsa yang berusia 23 tahun itu pernah membintangi sebuah drama di satu stesen tv tempatan ditemui rakan serumahnya lengkap berpakaian dalam keadaan terbaring di ruang tamu kediaman itu,kira-kira jam 12 tengah malam tadi.


Ketua Polis Daerah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12.10 tengah malam sebelum anggota polis dikejarkan ke lokasi.


"Sebaik tiba,anggota polis menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh.


Kejadian dipercayai antara jam 4 petang semalam hingga 9.45 malam tadi.


"Polis masih menyiasat punca sebenar kematian,namun siasatan awal mendapati ada sedikit kesan lebam pada bahagian leher mangsa.


Susulan kejadian,polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai taman lelaki mangsa untuk membantu siasatan.


"Suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


"Siasatan lanjut masih dilakukan dan mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat.


Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad,50-an,berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan ada polis datang ke rumah mereka dan menemui mayat,tetapi kami tak tahu siapa yang meninggal," katanya ketika ditemui.


Katanya,seorang daripada penghuni rumah terbabit dikatakan baru menyewa bersama mangsa sejak sebulan lalu.


"Kadang-kadang ada nampak juga lelaki datang menjemput mereka di luar rumah,tetapi kami tak ambil kisah sangat," katanya.

TRENDING SEMASA

Artis wanita drama popular ditangkap khalwat kali ketiga dirumah sendiri

Malaysia bakal jadi sasaran selepas Hacker Malaysia menggodam lebih 120 data milik Israel

Takziah.. Artis wanita pertama meninggal dunia selepas divaksin

BAPA BUNUH SELURUH AHLI KELUARGA DALAM RUMAH