Kantoi sorok barang curi dalam coli, penyanyi wanita direman dua hari


Seorang penyanyi wanita ditahan polis selepas disyaki cuba mencuri barangan kosmetik di sebuah butik di pusat beli-belah semalam.


Cubaannya itu gagal selepas perbuatannya itu terakam CCTV dan disedari pekerja butik berkenaan.


Ketua Polis Daerah itu berkata, pihaknya menerima maklumat daripada penyelia butik berkenaan mengenai kejadian itu pada 6.30 petang.


"Ketika penyelia terbabit membuat pemantauan di butik itu,dia melihat suspek dalam keadaan mencurigakan dan dilihat mengisi beberapa barangan curi ke dalam bajunya.


"Suspek berusia 29 tahun itu kemudiannya dilihat keluar dari butik itu tanpa membuat pembayaran menyebabkan penggera di pintu keluar berbunyi.


"Semasa pemeriksaan dilakukan,suspek gagal mengemukakan resit pembelian sebelum dia ditahan pihak pengurusan butik berkenaan bagi diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.


Barangan itu dianggarkan bernilai hampir Rm 850 yang cuba dicuri oleh suspek.


"Suspek yang pernah popular dengan beberapa lagu hit pada tahun lalu,kini direman dua hari untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 380 kanun keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.


- SinarOnline -

TRENDING SEMASA

Viral! Bekas pelajar nikahi gurunya selepas bertemu di acara reunian.

Tertusuk kaca didada, budak maut ketika melompat dari sofa

Takziah.. Selebriti terkenal tanah air maut ketika LIVE dimedia sosial petang tadi.

BAPA BUNUH SELURUH AHLI KELUARGA DALAM RUMAH