Mulut Pelajar Tahun 1 Bengkak Selepas Ditampar Seorang Guru


Tak dinafikan , jasa dan pengorbanan insan yang bergelar guru ini memang tiada tolok bandingnya.

Tetapi lain pula kisah yang berlaku apabila seorang wanita mendakwa anaknya telah ditampar oleh seorang guru di sekolah.

Berdasarkan perkongsian di Facebook, Ida Sofea Mohamed meluahkan rasa kesal dengan sikap seorang guru di sekolah anaknya. Wanita ini mendakwa anak lelakinya, Sahin yang baru berusia 7 tahun telah ditampar oleh seorang ustaz yang mengajar subjek Bahasa Arab.


Alasannya sebab Sahin menangis dan tak ada tanda nak reda dan buat ustaz tadi mengaku dia hilang sabar dan TERTAMPAR Sahin. Dia tak tahu mulut Sahin bengkak sebab mask. Mask juga menyelamatkan aku untuk tahu keadaan hari tu.


Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengakui sangat terkejut selepas melihat mulut Sahin sudah berdarah dan bengkak. Apabila ditanya, kanak-kanak itu memberitahu bahawa dia telah ditampar oleh guru berkenaan.

Aku nak tanya banyak aku tak faham sebab keadaan mulut bengkak buat dia susah nak bercerita. Jadi, bila balik sekolah agama, nampak bengkak mula susut.

Cuma ada lebam darah beku kat dalam mulut dengan pipi bengkak sebelah. Bila dia bawa balik nasi bungkus yang dah beli kat sekolah, aku tau, dia tak makan.

Dia tak boleh makan, sebab luka tadi start pedih. Last dia makan pukul 10 pagi, dan sepatutnya pukul 4 petang dia akan lapar.

Jadi, aku bawa ke klinik untuk ambik ubat kebaskan mulut supaya dia boleh makan.


Pada malam itu, Sahin dikatakan telah menceritakan kejadian sebenar kepada ibunya tentang apa yang berlaku di sekolah sehingga dia ditampar.

Selepas mengetahui perkara itu, pada keesokan harinya, wanita ini dikatakan telah bersemuka dengan ustaz berkenaan bagi mendengar penjelasan dari pihaknya.

Ustaz tersebut dipercayai mengaku telah menampar Sahin tetapi alasan yang diberikan boleh dikatakan tidak 'masuk akal'.


Wanita ini juga mendakwa agak terkilan dengan respon ‘bersahaja’ yang diberikan oleh guru besar di sekolah tersebut.

Sebagai seorang pemimpin, dia sepatutnya memberi jaminan bahawa kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi dan bukannya bertindak seperti tiada apa-apa yang berlaku.


Ayat guru besar mudah, 'benda dah jadi'. Ulang ayat yang sama. Aku ulang balik pada guru besar. 'Saya benci ayat BENDA DAH JADI'.

Jadi seorang pemimpin, sepatutnya apa yang perlu keluar adalah, 'diharap perkara ni tidak berulang', sekurangnya janji kepada aku sebagai ibu supaya sentiasa memantau anak aku juga kepada guru lain supaya lebih peka dengan situasi dan sedar murid-murid ni mata dan telinga kepada ibu bapa.


Dalam kesempatan itu, wanita ini sempat menasihati orang ramai terutamanya ibu bapa supaya memantau aktiviti anak-anak di sekolah.

Hal ini kerana bagi mengelakkan daripada berlakunya kejadian seperti ini. Wanita ini turut berpesan kepada para guru supaya mengajarlah dengan penuh kesabaran dan bukannya dengan emosi.

TRENDING SEMASA

Artis wanita drama popular ditangkap khalwat kali ketiga dirumah sendiri

Malaysia bakal jadi sasaran selepas Hacker Malaysia menggodam lebih 120 data milik Israel

G4dis 17 tahun maut selepas terima 'gigitan' di leher

Salam Takziah. Pelakon wanita drama populer TV3 maut dibunuh teman lelaki.

BAPA BUNUH SELURUH AHLI KELUARGA DALAM RUMAH